ISU Letup Kediaman TPJ – Apa Kata Pemimpin PAS JOHOR?

Sumber: Selatan Online

ISU Letup Kediaman TPJ. Apa Kata Pemimpin PAS JOHOR?

Tarikh : Sunday, February 05 @ 18:11:43 MYT
Topik : Berita, Komentar, Ulasan & Pendapat

Blog Mtd-Benut.blogspot.com

JOHOR BAHRU – Insiden letupan di kediaman Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad serta tingkat bawah rumahnya di Taman Universiti, di sini hangus terbakar dalam satu kejadian semalam dipercayai merupakan perbuatan khianat dan cubaan bunuh.Hal ini, katanya kerana berdasarkan penemuan sebotol minyak petrol diluar rumah dan beliau tiada musuh sepanjang bergelar ahli perniagaan sejak 1997 lagi semakin menguatkan lagi kesangsiannya.
Nyata insiden yang berlaku ini mengejutkan banyak pihak lebih-lebih lagi membabitkan seorang pimpinan PAS. Berikut disertakan petikan kenyataan pemimpin berhubung isu ini.Pesuruhjaya, Dato` Dr Mahfodz Muhammed“Saya rasa dia tiada musuh dengan mana-mana individu sama ada dari dalam parti (politik) mahupun perniagaannya. Mungkin ada yang rasa tidak puas hati dengan tindakannya melakukan pendedahan.“Jika ada yang tidak betul dengan komen dibuat oleh kami (PAS), balaslah balik dengan debat dan perbincangan. Saya kira ini adalah percubaan untuk membunuh kerana pintu depan rumah beliau sudah terbakar sehingga asap memenuhi rumah,”Sdr. Suhaizan Kaiat, Ketua Pemuda PAS Negeri Johor“Kes ini kalau kita lihat, dipercayai ada unsur khianat. Oleh itu, pihak Polis diminta untuk memberikan perhatian kepada keselamatan pemimpin PR,”Sdr. Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya III.“Badan Perhubungan PAS Johor dukacita dengan insiden ini. Saya mengesyaki ini cubaan membunuh, bukan perbuatan khianat biasa lagi ni. Nasib baik Haji Dzul dan keluarga sempat melarikan diri.“Kita yakin dengan kepakaran pihak polis, dan kita harap polis menjalankan siasatan terperinci,”Y.B Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani“Astaghfirullah… Masih ada manusia di Johor ini yang begini zalim, menzalimi pejuang Islam. Rakyat dibuai dengan kadar jenayah di Johor menurun. Ada yg marah-marah d bila ada yg komen Johor tidak selamat. Realitinya ?,”Pn. Normala Sudirman, Pengerusi Hal Ehwal Parlimen & Dun, Dewan Muslimat PAS Negeri Johor.“Salam takziah daripada kami sekeluarga buat Tn. Hj. DZulkefly Bin Ahmad,TPJ PAS Johor dan isteri,Pn. Noraini Dato’ Adnan Ibrahim.Semoga Allah s.w.t memberi kekuatan dan kesabaran dalam menempuh perjuangan yang penuh dengan mehnah dan tribulasi ini..Semoga siasatan oleh pihak polis dijalankan dengan telus tanpa menyebelahi mana- mana pihak..Sesungguhnya doa orang yang dizalimi tiada hijab di sisi Allah s.w.t.. Syukran,”Sdr. Khairul Faizi bin Ahmad Kamil, Yang Dipertua PAS Kawasan Kluang.“PAS Kawasan Kluang mengecam tindakan tidak bertamadun oleh individu yang masih belum dikenalpasti mengebom kediaman Tuan Haji Dzukefli bin Ahmad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor pada awal pagi tadi sehingga menyebabkan dua buah kereta beliau telah rosak teruk dan kawasan hadapan rumah terbakar.“Kejadian ini sudah pasti mengejutkan semua pihak kerana tindakan mengebom bukan sahaja akan menyebabkan kerosakan harta malah akan memungkinkan kehilangan nyawa.“Beliau yang juga Yang Di Pertua PAS kawasan Gelang Patah dilihat sebagai individu yang cukup penting kepada PAS dan Pakatan Rakyat di Johor kerana keberanian beliau untuk membongkarkan kelemahan dan ketirisan kerajaan negeri Johor sejak beliau berada sebagai pimpinan Pemuda PAS Johor lagi.“Beberapa bulan yang lalu, kediaman Yang Di Pertua PAS kawasan Segamat telah dibaling dengan catoleh mereka yang tidak bertanggungjawab dania disyaki berpunca daripada ketidakpuasan hati pihak tertentuk kepada Tetuan Firdaus Mas’od yang cukup kehadapan menggerakan PAS kawasan Segamat.“PAS kawasan Kluang menggesa agar siasatan pihak polis dibuat dengan sebaiknya sehingga tertangkap mereka yang terlibat dalam kejadian yang menyayatkan hati ini.Semoga Tuan Haji Dzulkefi akan terus tabah mengharungi ujian dalam perjuangan ini.Dalam kejadian 3.40 pagi semalam itu, Hj. Dzulkefly mendakwa telah mengalami kerugian sekitar RM300.00 apabila kereta jenis BMW, Toyota Camry serta perabot rumah selain kompresor penghawa dingin dan kipas.Satu laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Taman Universiti, Skudai jam 7.30 pagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s