Himpunan Tanah Rakyat Hantar Mesej Jelas Kepada Ghani Othman

Sumber: NusajayaKini

JOHOR BAHRU – Himpunan Tanah Rakyat (TANAH) berjaya dianjurkan dengan lancar tnpa sebarnag provokasi dari pihak-pihak tertentu. Himpunan yang dihadir oleh ribuan rakyat Johor ini diadakan di Plaza Angsana Johor Bahru bermula jam 2 petang hari ini.

Menurut Setiausaha Gabungan Tanah Rakyat, himpunan hari ini diadakan sebagai menyatakan solidariti dari penduduk negeri Johor yang banyak menghadapi masalah tanah yang gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri Johor dibawah pimpinan YAB Dato’ Abdul Ghani Othman selaku Menteri Besar Johor.

“Kita menganjurkan himpunan hari ini untuk membantu rakyat negeri Johor terutamanya yang banyak dizalimi atas isu tanah. Mesej yang ingin disampaikan jelas bahawa kerajaan negeri Johor harus segera menyelesaikan tuntutan yang diminta oleh TANAH untuk dilaksanakan”

“Kehadiran ribuan rakyat hari ini menghantar mesej yang cukup jelas kepada Menteri Besar Johor agar menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh penduduk negeri ini. Kita bawakan mangsa-mangsa yang dizalimi untuk mereka memberi mesej kepada kerajaan negeri agar mendengar rintihan mereka, ujar beliau lagi semasa mempengerusikan himpunan pada hari ini.

Sementara itu, YB Salahuddin Ayub mencabar pimpinan UMNO/BN agar bersemuka dengan beliau di negeri Johor secara anak jantan. Beliau mengecam budaya politik fitnah yang dilakukan oleh pihak UMNO/BN keatas beliau setelah pengumuman beliau untuk bertanding di negeri Johor.

“Saya tidak akan undur kebelakang atas keputusan saya untuk bertanding di negeri Johor ini. Saya cabar pimpinan UMNO/BN agar bertanding melawan saya secara anak jantan. Saya bersedia pada bila-bila masa, pada mana-mana tempat untuk bersemuka dengan mereka”

“Saya mengecam budaya politik fitnah yang mereka taburkan kepada saya. Ini menunjukkan bahawa mereka takut untuk berdepan dengan saya secara bersemuka. Demi Allah, saya menyatakan disini bahawa apa yang mereka katakan pada saya itu adalah fitnah”

“Saya dan pimpinan Pakatan Rakyat berjanji kepada penduduk negeri Johor bahawa kami akan membantu penduduk negeri ini menyelesaikan masalah tanah yang mereka hadapi. Kami akan turun selepas ini ke segenap penjuru negeri Johor untuk mendengar rintihan rakyat seterusnya membantu rakyat menyelesaikan masalah rakyat berkenaan isu tanah ini” tegas beliau lagi semasa himpunan.

Terdahulu, terdapat 10 tuntutan telah dibuat oleh Gabungan Tanah Rakyat iaitu tuntut semula Pulau Batu Puteh, siasat penyerahan tanah KTM Tanjung Pagar, hentikan pengurniaan tanah KPRJ/kroni, rampas tanah penyeleweng, selamatkan tanah rizab Melayu, wartakan tanah rizab orang asal, ketelusan pengurniaan tanah, pemilik tanah miliki ekuiti projek mega, selesaikan projek rumah terbengkalai dan hentikan manipulasi & kurangkan birokrasi.

Diterbitkan pada 5 Mei 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s